
Network Test
Arahan untuk Memuat Naik Data Network Test
Selepas anda berjaya mendapatkan hasil Ujian Rangkaian, kini tinggal satu lagi langkah untuk melengkapkan Ujian Rangkaian.
Anda akan diminta untuk memuat naik hasil Ujian Rangkaian yang telah anda jalankan sebelum ini.
Pastikan anda mengikuti langkah-langkah berikut untuk memuat naik hasil Ujian Rangkaian dengan betul.
Langkah 1: Muat Naik Fail JSON atau TXT
Isikan Borang Muat Naik Fail
Anda akan melihat Borang Muat Naik Ujian Rangkaian untuk diisi seperti contoh di bawah.
Medan Wajib
Nombor Telefon:
Sila masukkan nombor telefon yang telah anda gunakan dalam soalan awal sebelum mengambil Ujian Rangkaian ini.
Muat Naik Fail JSON atau TXT:
Klik butang “Browse files” dan cari lokasi di mana anda telah menyimpan fail JSON atau TXT tersebut.
Captcha:
Masukkan nombor seperti yang dipaparkan. Anda boleh memuat semula Captcha jika tidak pasti nombor yang tertera.
Pastikan nombor telefon anda betul dan fail JSON atau TXT telah selesai dimuat naik.
Langkah 2: Hantar Borang
Semak Semula Maklumat Anda:
Sebelum menghantar, pastikan semua butiran yang dimasukkan adalah betul dan fail JSON atau TXT telah dimuat naik dengan berjaya.Hantar:
Klik butang “Submit Form” untuk melengkapkan proses muat naik hasil Ujian Rangkaian.Tahniah, Anda Berjaya Memuat Naik Fail
Jika berjaya, anda akan diarahkan ke halaman baru untuk mengisi maklumat seperti Nama, Nombor Telefon, Jenama dan Jenis Telefon, Lokasi, Sambungan, dan Keadaan Cuaca semasa anda memuat naik.
Sekiranya anda telah memahami langkah-langkah di atas, sila teruskan ke halaman seterusnya dengan menekan “Muat Naik Data” untuk mula memuat naik data Network Test.